PROFIL SEKOLAH


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluargamasyarakat dan negara.


VISI SEKOLAH
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"


MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


MOTO
"Bersama ke Arah Kecemerlangan"


MATLAMAT SEKOLAH
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat sentiasa dan bersatupadu.
  • Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
  • Memberi peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia.

     
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar terletak dalam kawasan Felda Pasir Besar.  Sekolah ini mula beroperasi pada bulan Januari 1974 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pasir Besar dan ditadbir oleh Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman (STAR), Gemas sehingga bangunan sekolah ini siap pada 1976. 

Sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai kemudahan 8 buah bilik darjah, 2 Makmal Sains, 2 bilik Ekonomi Rumah Tangga, 2 bilik Seni Perusahaan, sebuah kantin dan sebuah perpustakaan pada awal Januari 1976.

Pada awalnya, sekolah ini berada pada gred D dan hanya sehingga tingkatan 3 sahaja. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dinaiktarafkan ke gred B dan akhirnya ke gred A pada tahun 1999.  Walaubagaimanapun, sekolah ini diturunkan semula ke gred B pada tahun 2002.

Majoriti murid sekolah ini berbangsa Melayu dan datang dari Felda Pasir Besar, Felda Palong 1, Kilang Getah Pasir Besar, Kampung Kurnia di Raja, Kampung Pasir Besar, Pusat Ternakan Haiwan Jelai-Gemas, Kampung Baru Rompin, Kampung Sri Rompin, Felcra Bukit Jelai, dan Felcra Rompin.

Sejak ditubuhkan pada 1974, sekolah ini telah ditadbir oleh 13 orang pengetua dan 2 orang pemangku pengetua iaitu:-
                  
1974  -  1975    Encik Kamarudin bin Yasin  (Pemangku)
1975  -  1985    Encik Mohd Yusof bin Maasar
1985  -  1986    Encik Sahul Hamid bin Peer Hamid
1986  -  1987    Encik Ali bin Abu Bakar  (Pemangku)
1987  -  1990    Tuan Haji Othman bin Ismail
1991  -  1996    Encik Sallehuddin bin Hj. Abd. Wahab
1996  -  1998    Tuan Haji Hussin bin Hassan Jabai
1998  -  1999    Tuan Haji Jaafar bin Kassim
1999  -  2000    Encik Mohd Yassin bin Yunus
2000  -  2003    Puan Hajah Afsah binti Hj. Abd. Hamid
2004  -  2007    Puan Hajah Sakdiah binti Saleh
2007  -  2010    Puan Umi Kalthum binti Mustafa
2010  -  2011    Tuan Haji Ramli bin Ibrahim
2011  -  2014    Tuan Haji Abdul Karim bin Mohamad
2015  -  2018    Tuan Haji Abdul Rahman bin Safar
2018  -  Kini      Encik Zainal bin Ismail
      



BIL

PERKARA
1.

Nama dan Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar,
Felda Pasir Besar,
Jalan Utama Palong,
73420 Gemas
Negeri Sembilan Darul Khusus.
2.
Kod Sekolah  :  NEA5051
3.
Lokasi  :  Luar Bandar
4.
Gred Sekolah  :  B
5.
Jenis Bantuan  :  Sekolah Kerajaan
6.
Daerah Pentadbiran  :  Tampin
7.
Jenis Murid  :  Lelaki dan perempuan
8.

Maklumat Komunikasi
Telefon    :  06-4576215
Faksimili  :  06-4577051

E-mail  :  NEA5051@moe.edu.my

9.

Nama pengetua  :  Encik Zainal bin Ismail
10.

Luas kawasan sekolah :  16 ekar
                                         (6.47 hektar)                     
11.

Sesi Persekolahan  : 1 sesi

12.
Bil. Guru  :  37 orang
13.
Bil. Staf Sokongan  :  9 orang
14.
Bil. Murid  : 292 orang
15.
Bil. Kelas  :  17 kelas
16.

Tingkatan  :  Tingkatan 1 – 5
                 :  PPKI

KEBITARAAN SEKOLAH


BIL.
BIDANG
PERKARA
1.
Akademik
Bahasa Melayu
Prinsip Perakaunan
2.
Hal Ehwal Murid
Pengurusan Kaunseling
3.
Kokurikulum
Kadet Polis
Bola sepak dan futsal
Persatuan Sains dan Matematik
4.
Pengurusan
Pengurusan Kewangan



No comments:

Post a Comment